Welcome


Pengenalan 5S

MAJLIS PELANCARAN 5S


Pelancaran Amalan 5S di Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 6 Julai 2012 yang lalu.  

Bersempena dengan itu, satu pertandingan mencipta logo 5S telah diadakan. Pemenangnya adalah Puan Lamisah binti Bibet dari Bahagian Khidmat Pengurusan. Beliau telah memenangi hadiah wang tunai RM 200.00.





LOGO & SLOGAN

TAFSIRAN LOGO :
GAMBAR PADI - SUMBER EKONOMI UTAMA SABAK BERNAM
WARNA HIJAU - MENGEKALKAN ALAM SEMULAJADI
WARNA BIRU - PERPADUAN KAUM
WARNA MERAH - KECERIAAN
WARNA UNGU - EFISYEN DALAM PERKHIDMATAN




POLISI 5S

~ Amalan 5S perlu difahami oleh semua lapisan anggota di Pejabat Daerah &  Tanah Sabak     
   Bernam.
Amalan ini membantu dalam membentuk dan memelihara persekitaran tempat kerja supaya  
   sentiasa PRIHATIN, DAMAI, TERSUSUN, SELESA, BERSIH.
Pihak pengurusan Pejabat Daerah & Tanah Sabak Bernam memberikan keutamaan 
   terhadap kerjasama antara semua anggota bagi menghasilkan budaya kerja dan disiplin  
   yang tinggi.
~ Usaha-usaha penggalakan ke arah penerusan amalan 5S dibuat melalui perancangan yang 
   khusus dalam penyediaan seminar, kursus dan program kesedaran.
Ini bagi memastikan tahap kefahaman yang mantap berhubung aspek persekitaran yang 
   lebih kondusif.
Justeru itu, semangat kekitaan akan dapat terus diterapkan di kalangan anggota pejabat 
   bagi merealisasikan Pejabat Daerah & Tanah Sabak Bernam sebagai sebuah organisasi 
   yang PRIHATIN, DAMAI, TERSUSUN, SELESA, BERSIH sepanjang masa.


TUAN HAJI MOHD ZAINAL BIN MOHD NOR (AMS)

PEGAWAI DAERAH SABAK BERNAM





IKRAR 5S

KAMI,
WARGA PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM,
BERJANJI,
AKAN SENTIASA,
MENERUSKAN,
AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI,
SEMASA MENJALANKAN TUGAS HARIAN,
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA,
SECARA BERKUMPULAN,
DAN SENTIASA,
MENINGKATKAN DISIPLIN DIRI.


No comments:

Post a Comment