Welcome


Tuesday, July 9, 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA 5S

AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA 5S
PEJABAT DAERAH TANAH SABAK BERNAM

Menjadi amalan di Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam, setiap kali Gotong-Royong Perdana 5S diadakan, semua kakitangan akan berkumpul dan mendengar amanat rasmi dari Tuan Pegawai Daerah merangkap Pengerusi 5S PDTSB. Selain itu, penerangan ringkas berkenaan tugasan gotong-royong daripada Ketua Jawatankuasa Penyelenggaraan. Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam juga telah mengisytiharkan bahawa SETIAP SELASA merupakan HARI 5S. Pemakaian baju t-shirt / kemeja korporat 5S adalah diwajibkan KECUALI kepada mana-mana pegawai yang terlibat dengan urusan mesyuarat di luar jabatan.


Tarikh: 9 Julai 2013
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dataran Kecemerlangan, 
Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam

Pengacara Majlis ~ En. Mustapa Kamal



Bacaan Doa ~ En. Muhammad Marwan




Tn. Pegawai Daerah







Thursday, May 16, 2013

LAWATAN KE MPC

Perkara: Lawatan 5S Ke MPC
Tarikh: 16 Mei 2013 (Khamis)
Tempat: Bilik TQM, Blok Inovasi, MPC

Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam (PDTSB) melalui Jawatankuasa Latihan 5S telah membuat lawatan rasmi ke MPC. Tujuan lawatan adalah untuk meningkatkan pemahaman serta memberikan pendedahan kepada semua kakitangan berkaitan dengan 5S. 

Gambar Kenangan 























Mendengar taklimat ringkas daripada pegawai di MPC











Tuesday, May 14, 2013

Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (QE/5S)

Program: Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (QE/5S)
Tarikh: 14 Mei 2013 (Selasa)
Tempat: Melaka International Trade Centre (MITC)
Anjuran: MPC

Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam (PDTSB) telah menghantar 4 orang kakitangan menghadiri Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (QE/5S) yang bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC).Tujuan pihak pejabat menghantar wakil adalah sebagai pendedahan awal kepada kakitangan berkaitan konvensyen 5S.  Wakil PDTSB terdiri daripada  ialah Pn. Faradiana, Pn. Junaidah, Pn. Nor Aliza dan Cik Norharnida'ayu. 






Antara pengisian ilmu yang diperolehi adalah seperti berikut:







Tuesday, January 22, 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA 5S

Program: Gotong-Royong Perdana 5S
Tarikh: 22 Januari 2013 (Selasa)
Masa: 8.15 Pagi
Tempat: Dataran Kecemerlangan, PDTSB
Amanat: Tn. Pegawai Daerah

Pada hari ini semua kakitangan Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam terlibat dalam Program Gotong-Royong Perdana 5S. Kami berkumpul di Dataran Kecemerlangan bagi mendengar amanat oleh Tn. Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tn. Hj. Mohd Zainal bin Mohd Nor. 



Pengacara Majlis ~ En. Mohd Hairi Jelani

Nyanyian Lagu Kebangsaan & Negeri

Bacaan Doa oleh Hj. Muhammad Helmi



Amanat oleh Tn. Hj. Mohd Zainal

~Kami~

Thursday, January 17, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 5S

Pada 17 Januari 2013 (Khamis) bertempat di Bilik Riadah, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah berlangsung  Majlis Penyampaian Sijil Persekitaran Amalan 5S kepada setiap zon, Penyampaian Plak dan Bayaran Insentif Anugerah Indeks Akauntabiliti (AI) kepada kakitangan yang terlibat. Majlis penyampaian Sijil 5S, Plak dan Baju AI telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Tanah Sabak Bernam. 



Pengacara Majlis En. Hairi 

Persiapan Majlis Oleh Urusetia

Petugas Kaunter Pendaftaran Majlis pada hari ini

Ketibaan Tn. Peg. Daerah Tanah Sabak Bernam

Antara kakitangan yang hadir

Hadiah...Sijil....Plak AI

Tn. Peg. Daerah menyerahkan replika cek- Insentif daripada Kerajaan Negeri Selangor

sebanyak RM20,000.00 sempena kejayaan Pej. Daerah Tanah Sabak Bernam
di anugerahi Pengurusan Kewangan Terbaik oleh Ketua Audit Negara 2011.  

Plak AI 4 Bintang

Majlis seterusnya ialah Penyampaian Sijil 5S oleh Tn. Pegawai Daerah Sabak Bernam kepada semua Ketua-Ketua Zon dan Jawatankuasa Induk 5S PDTSB.


Fasilitator - En. Mohd Faizul Fitri telah menerima
Sijil 5S mewakili jawatankuasa induk 5S.

Ketua Zon Pluto

Ketua Zon Uranus

Ketua Zon Neptune

Wakil Ketua Zon Marikh

Seterusnya, majlis penyerahan baju t-shirt AI 4 Bintang kepada Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan Pejabat Daaerah Tanah Sabak Bernam bagi meraikan sempena penerimaan insentif dari kerajaan negeri.




Semoga Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam dapat mengekalkan kejayaan seterusnya menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dicontohi. Terima Kasih juga kepada kakitangan yang bertanggungjawab dalam merealisasikan impian dan harapan sehingga memperolehi Sijil 5S dan diiktiraf antara jabatan terbaik di Selangor dalam pengurusan kewangan oleh Ketua Audit Negara 2011. Tahniah dan syabas semua.