Welcome


Tuesday, January 22, 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA 5S

Program: Gotong-Royong Perdana 5S
Tarikh: 22 Januari 2013 (Selasa)
Masa: 8.15 Pagi
Tempat: Dataran Kecemerlangan, PDTSB
Amanat: Tn. Pegawai Daerah

Pada hari ini semua kakitangan Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam terlibat dalam Program Gotong-Royong Perdana 5S. Kami berkumpul di Dataran Kecemerlangan bagi mendengar amanat oleh Tn. Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tn. Hj. Mohd Zainal bin Mohd Nor. 



Pengacara Majlis ~ En. Mohd Hairi Jelani

Nyanyian Lagu Kebangsaan & Negeri

Bacaan Doa oleh Hj. Muhammad Helmi



Amanat oleh Tn. Hj. Mohd Zainal

~Kami~

Thursday, January 17, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 5S

Pada 17 Januari 2013 (Khamis) bertempat di Bilik Riadah, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah berlangsung  Majlis Penyampaian Sijil Persekitaran Amalan 5S kepada setiap zon, Penyampaian Plak dan Bayaran Insentif Anugerah Indeks Akauntabiliti (AI) kepada kakitangan yang terlibat. Majlis penyampaian Sijil 5S, Plak dan Baju AI telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Tanah Sabak Bernam. 



Pengacara Majlis En. Hairi 

Persiapan Majlis Oleh Urusetia

Petugas Kaunter Pendaftaran Majlis pada hari ini

Ketibaan Tn. Peg. Daerah Tanah Sabak Bernam

Antara kakitangan yang hadir

Hadiah...Sijil....Plak AI

Tn. Peg. Daerah menyerahkan replika cek- Insentif daripada Kerajaan Negeri Selangor

sebanyak RM20,000.00 sempena kejayaan Pej. Daerah Tanah Sabak Bernam
di anugerahi Pengurusan Kewangan Terbaik oleh Ketua Audit Negara 2011.  

Plak AI 4 Bintang

Majlis seterusnya ialah Penyampaian Sijil 5S oleh Tn. Pegawai Daerah Sabak Bernam kepada semua Ketua-Ketua Zon dan Jawatankuasa Induk 5S PDTSB.


Fasilitator - En. Mohd Faizul Fitri telah menerima
Sijil 5S mewakili jawatankuasa induk 5S.

Ketua Zon Pluto

Ketua Zon Uranus

Ketua Zon Neptune

Wakil Ketua Zon Marikh

Seterusnya, majlis penyerahan baju t-shirt AI 4 Bintang kepada Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan Pejabat Daaerah Tanah Sabak Bernam bagi meraikan sempena penerimaan insentif dari kerajaan negeri.




Semoga Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam dapat mengekalkan kejayaan seterusnya menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dicontohi. Terima Kasih juga kepada kakitangan yang bertanggungjawab dalam merealisasikan impian dan harapan sehingga memperolehi Sijil 5S dan diiktiraf antara jabatan terbaik di Selangor dalam pengurusan kewangan oleh Ketua Audit Negara 2011. Tahniah dan syabas semua.

Thursday, January 10, 2013

LAWATAN 5S DARI KLINIK PERGIGIAN DAERAH SABAK BERNAM

Pada 10 Januari 2013, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah menerima kunjungan pertama 5S dari jabatan luar, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sabak Bernam. Lawatan terdiri daripada para doktor, jururawat, kerani dan diketuai oleh Dr. Misah Binti Md. Ramli. 


Taklimat ringkas berkenaan 5S oleh Tn. Mohd Haidir~ KPPD(T)

Tayangan Video 5S


Sesi bergambar tanda kenangan

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Bilik Tn. Pegawai Daerah Sabak Bernam yang berada di bawah seliaan Zon Venus.






Lawatan ke Zon Venus

Semua urusan pentadbiran pejabat adalah di bawah zon ini.


Penerangan ringkas dari Ketua Zon Venus ~ En. Suhaimi





Sudut Peralatan Gunasama Zon Venus

Sudut Kopi Zon Venus

Pencarian Fail dari pelawat

Lawatan ke Setor Alat Tulis 




Lawatan ke Zon Neptune

Zon Neptune merupakan zon yang memperolehi jumlah markah tertinggi 
sepanjang pengauditan dijalankan. Zon ini mengendalikan semua urusan berkaitan 
Pembangunan Masyarakat dan Fizikal.


Sudut 5S Zon Neptune





Pantry Zon Neptune


Lawatan ke Zon Uranus

Zon Uranus merupakan Bahagian Tanah, Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam.

Penerangan ringkas oleh Ketua Zon Uranus ~ CC Faridah









Lawatan Ke Zon Pluto

Zon Pluto merupakan Unit Hasil yang bertanggungjawab 
dalam menerima hasil cukai dan lain-lain urusan berkaitan.




Sistem Fail yang menjadi tumpuan


Pantry yang menjadi tumpuan di Zon Pluto


Lawatan ke Zon Marikh

Zon Marikh adalah Unit Pendaftaran Geran. Diketuai oleh Cik Norazizah Sarjo.



Bilik Kebal merupakan bilik sulit yangmempunyai
 sistem fail yang sistematik

Lawatan di akhiri dengan pemberian cenderamata oleh Dr. Misah bin Md. Ramli. 


Kami warga kerja di Pejabat Daerah Sabak Bernam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Klinik Kesihatan Pergigian Daerah Sabak Bernam 
kerana kesudian mengunjungi serta perkongsian ilmu serta amalan 5S.