Pada 10 Januari 2013, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah menerima kunjungan pertama 5S dari jabatan luar, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sabak Bernam. Lawatan terdiri daripada para doktor, jururawat, kerani dan diketuai oleh Dr. Misah Binti Md. Ramli.
|
Taklimat ringkas berkenaan 5S oleh Tn. Mohd Haidir~ KPPD(T) |
|
Tayangan Video 5S |
|
Sesi bergambar tanda kenangan |
Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Bilik Tn. Pegawai Daerah Sabak Bernam yang berada di bawah seliaan Zon Venus.
Lawatan ke Zon Venus
Semua urusan pentadbiran pejabat adalah di bawah zon ini.
|
Penerangan ringkas dari Ketua Zon Venus ~ En. Suhaimi |
|
Sudut Peralatan Gunasama Zon Venus |
|
Sudut Kopi Zon Venus |
|
Pencarian Fail dari pelawat |
|
Lawatan ke Setor Alat Tulis |
Lawatan ke Zon Neptune
Zon Neptune merupakan zon yang memperolehi jumlah markah tertinggi
sepanjang pengauditan dijalankan. Zon ini mengendalikan semua urusan berkaitan
Pembangunan Masyarakat dan Fizikal.
|
Sudut 5S Zon Neptune |
|
Pantry Zon Neptune |
Lawatan ke Zon Uranus
Zon Uranus merupakan Bahagian Tanah, Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam.
|
Penerangan ringkas oleh Ketua Zon Uranus ~ CC Faridah |
Lawatan Ke Zon Pluto
Zon Pluto merupakan Unit Hasil yang bertanggungjawab
dalam menerima hasil cukai dan lain-lain urusan berkaitan.
|
Sistem Fail yang menjadi tumpuan |
|
Pantry yang menjadi tumpuan di Zon Pluto |
Lawatan ke Zon Marikh
Zon Marikh adalah Unit Pendaftaran Geran. Diketuai oleh Cik Norazizah Sarjo.
|
Bilik Kebal merupakan bilik sulit yangmempunyai sistem fail yang sistematik |
Lawatan di akhiri dengan pemberian cenderamata oleh Dr. Misah bin Md. Ramli.
Kami warga kerja di Pejabat Daerah Sabak Bernam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Klinik Kesihatan Pergigian Daerah Sabak Bernam
kerana kesudian mengunjungi serta perkongsian ilmu serta amalan 5S.