Sunday, September 8, 2013
Wednesday, August 21, 2013
Sunday, July 28, 2013
Tuesday, July 9, 2013
GOTONG-ROYONG PERDANA 5S
AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA 5S
PEJABAT DAERAH TANAH SABAK BERNAM
Menjadi amalan di Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam, setiap kali Gotong-Royong Perdana 5S diadakan, semua kakitangan akan berkumpul dan mendengar amanat rasmi dari Tuan Pegawai Daerah merangkap Pengerusi 5S PDTSB. Selain itu, penerangan ringkas berkenaan tugasan gotong-royong daripada Ketua Jawatankuasa Penyelenggaraan. Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam juga telah mengisytiharkan bahawa SETIAP SELASA merupakan HARI 5S. Pemakaian baju t-shirt / kemeja korporat 5S adalah diwajibkan KECUALI kepada mana-mana pegawai yang terlibat dengan urusan mesyuarat di luar jabatan.
Tarikh: 9 Julai 2013
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dataran Kecemerlangan,
Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam
Pengacara Majlis ~ En. Mustapa Kamal |
Bacaan Doa ~ En. Muhammad Marwan |
Tn. Pegawai Daerah |
Thursday, May 16, 2013
LAWATAN KE MPC
Perkara: Lawatan 5S Ke MPC
Tarikh: 16 Mei 2013 (Khamis)
Tempat: Bilik TQM, Blok Inovasi, MPC
Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam (PDTSB) melalui Jawatankuasa Latihan 5S telah membuat lawatan rasmi ke MPC. Tujuan lawatan adalah untuk meningkatkan pemahaman serta memberikan pendedahan kepada semua kakitangan berkaitan dengan 5S.
Gambar Kenangan |
Mendengar taklimat ringkas daripada pegawai di MPC |
Tuesday, May 14, 2013
Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (QE/5S)
Program: Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (QE/5S)
Tarikh: 14 Mei 2013 (Selasa)
Tempat: Melaka International Trade Centre (MITC)
Anjuran: MPC
Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam (PDTSB) telah menghantar 4 orang kakitangan menghadiri Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (QE/5S) yang bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC).Tujuan pihak pejabat menghantar wakil adalah sebagai pendedahan awal kepada kakitangan berkaitan konvensyen 5S. Wakil PDTSB terdiri daripada ialah Pn. Faradiana, Pn. Junaidah, Pn. Nor Aliza dan Cik Norharnida'ayu.
Tuesday, January 22, 2013
GOTONG-ROYONG PERDANA 5S
Program: Gotong-Royong Perdana 5S
Tarikh: 22 Januari 2013 (Selasa)
Masa: 8.15 Pagi
Tempat: Dataran Kecemerlangan, PDTSB
Amanat: Tn. Pegawai Daerah
Pada hari ini semua kakitangan Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam terlibat dalam Program Gotong-Royong Perdana 5S. Kami berkumpul di Dataran Kecemerlangan bagi mendengar amanat oleh Tn. Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tn. Hj. Mohd Zainal bin Mohd Nor.
Pengacara Majlis ~ En. Mohd Hairi Jelani |
Nyanyian Lagu Kebangsaan & Negeri |
Bacaan Doa oleh Hj. Muhammad Helmi |
Amanat oleh Tn. Hj. Mohd Zainal |
~Kami~ |
Thursday, January 17, 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 5S
Pada 17 Januari 2013 (Khamis) bertempat di Bilik Riadah, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Persekitaran Amalan 5S kepada setiap zon, Penyampaian Plak dan Bayaran Insentif Anugerah Indeks Akauntabiliti (AI) kepada kakitangan yang terlibat. Majlis penyampaian Sijil 5S, Plak dan Baju AI telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Tanah Sabak Bernam.
Seterusnya, majlis penyerahan baju t-shirt AI 4 Bintang kepada Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan Pejabat Daaerah Tanah Sabak Bernam bagi meraikan sempena penerimaan insentif dari kerajaan negeri.
Pengacara Majlis En. Hairi |
Persiapan Majlis Oleh Urusetia |
Petugas Kaunter Pendaftaran Majlis pada hari ini |
Ketibaan Tn. Peg. Daerah Tanah Sabak Bernam |
Antara kakitangan yang hadir |
Hadiah...Sijil....Plak AI |
Plak AI 4 Bintang |
Majlis seterusnya ialah Penyampaian Sijil 5S oleh Tn. Pegawai Daerah Sabak Bernam kepada semua Ketua-Ketua Zon dan Jawatankuasa Induk 5S PDTSB.
Fasilitator - En. Mohd Faizul Fitri telah menerima Sijil 5S mewakili jawatankuasa induk 5S. |
Ketua Zon Pluto |
Ketua Zon Uranus |
Ketua Zon Neptune |
Wakil Ketua Zon Marikh |
Seterusnya, majlis penyerahan baju t-shirt AI 4 Bintang kepada Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan Pejabat Daaerah Tanah Sabak Bernam bagi meraikan sempena penerimaan insentif dari kerajaan negeri.
Semoga Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam dapat mengekalkan kejayaan seterusnya menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dicontohi. Terima Kasih juga kepada kakitangan yang bertanggungjawab dalam merealisasikan impian dan harapan sehingga memperolehi Sijil 5S dan diiktiraf antara jabatan terbaik di Selangor dalam pengurusan kewangan oleh Ketua Audit Negara 2011. Tahniah dan syabas semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)