PRA AUDIT 5S
2 NOVEMBER 2012
PEJABAT DAERAH TANAH SABAK BERNAM
Buat pertama kali dalam sejarah Pejabat Daerah Sabak Bernam, Pra Audit 5S telah dilaksanakan. Panel pada hari ini ialah Tn. Hj. Ismail Bin Mohd Nor dari Malaysia Productivity Corporation (MPC). Tujuan Pra Audit ialah mengukur sejauh mana sesebuah organisasi yang mengamalkan amalan 5S telah bersedia sepenuhnya di samping sebagai salah satu syarat wajib sebelum diaudit sepenuhnya oleh panel MPC.
Ketibaan Panel dari MPC |
Ucapan aluan dari Tn. Pegawai Daerah Sabak Bernam |
Antara ahli jawatankuasa yang terlibat |
Semakan dokumen |
Lawatan ke Sudut 5S Induk PDTSB |
Selepas semakan dokumen dilakukan, panel terus di bawa ke Sudut Induk 5S PDTSB...seterusnya lawatan ke zon-zon di bawah PDTSB.
Zon Marikh merupakan zon yang pertama diaudit oleh panel pra audit 5S. Zon ini merupakan zon yang menguruskan aktiviti pendaftaran geran. Markah bagi zon ini boleh dilihat di sini.
Tanda 'terbaik' ~ Sudut 5S Zon Marikh |
Zon seterusnya ialah Zon Neptune yang merupakan salah satu zon yang berada di tempat yang pertama sepanjang tempoh pengauditan dari auditor dalaman. Zon ini menjalankan aktiviti Pembangunan Markah keseluruhan boleh dirujuk di sini.
Tanda 'terbaik' ~ Sistem Fail Zon Neptune |
Tanda 'terbaik' ~ Sistem Fail Zon Neptune |
Tanda 'terbaik' ~ Bilik Fail Zon Neptune |
Tanda 'terbaik' ~ Pantri Zon Neptune |
Tanda 'terbaik' ~ Kepuasan Keseluruhan Zon Neptune |
Terbaiklah.....berjaya dalam ujian habuk dan debu. #Tips dari panel, lebih dari 3 item or sampah dikira gagal dalam 5S. |
Zon Pluto merupakan zon Hasil. Warna tema zon ini ialah merah jambu. Markah keseluruhan bagi zon ini boleh dilihat di sini.
Pejabat Tanah merupakan Zon Uranus. Hasil daripada pengauditan dalaman, zon ini merupakan zon yang memperolehi tempat kedua tertinggi. Markah boleh rujuk di sini.
Panel seterusnya ke Bahagian Khidmat Pengurusan yang merupakan Zon Venus. Tema warna bagi zon ini ialah Kuning. Hasil pengauditan zon ini mendapat tempat ke 3 keseluruhan.
KEPUTUSAN PRA AUDIT 5S
PEJABAT DAERAH TANAH SABAK BERNAM
Hasil lawatan dari panel audit MPC, Tn. Hj. Ismail telah mengesyorkan bahawa Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam telah layak untuk di audit sepenuhnya. Tahniah kepada semua warga kerja PDTSB dan Semoga Berjaya.